Cara Login AINS Dengan DELIMa

Estimated reading: 1 minute 268 views

Ikuti langkah mudah di bawah untuk login ke sistem AINS NILAM.

Langkah 1: Layari Portal Rasmi

Buka laman rasmi: Portal AINS NILAM
Pastikan anda menggunakan laman rasmi bagi mengelakkan masalah keselamatan akaun.

Nota untuk pelajar:

  1. Platform AINS menggunakan ID DELIMa pelajar untuk log masuk.
  2. ID DELIMa mempunyai format m-xxxxxxxx@moe-dl.edu.my
  3. Jika anda belum mempunyai ID DELIMa, sila berhubung dengan guru kelas anda untuk bantuan.

Panduan Cara Login Sistem AINS Nilam baru

Langkah 2: Klik Butang “Login”

Di halaman utama, klik pada butang:

✅ “Log Masuk dengan akaun DELIMa”

Butang ini berada di bahagian kanan website.

Log Masuk Delima Panduan Cara Login Sistem AINS Nilam baru

Langkah 3: Masukkan ID DELIMa

Pilih akaun DELIMa anda atau pilih Gunakan akaun lain.

Masukkan:

  • ID DELIMa murid atau guru
  • Emel yang diberikan oleh sekolah

Contoh:

m-123456789@moe-dl.edu.my

Langkah 4: Masukkan Kata Laluan

Masukkan kata laluan akaun DELIMa anda dengan betul.

Pastikan:
Caps Lock dimatikan
Huruf besar dan kecil tepat
Tiada ruang tambahan

Langkah 5: Klik “Teruskan”

Selepas semua maklumat diisi:

  • Klik butang “Teruskan”
  • Tunggu beberapa saat

Jika berjaya, anda akan dibawa ke dashboard utama AINS NILAM.
Nota: Sekiranya anda mengalami kesukaran untuk log masuk, sila berhubung dengan guru kelas anda untuk bantuan

 

Leave a Comment

Share this Doc

Cara Login AINS Dengan DELIMa

Or copy link

CONTENTS
Back to Top
SEO optimized by Lesgo Media

Baca Juga

Semua panduan dan artikel