Kata Kerja

Kata kerja merupakan salah satu golongan kata yang paling penting dalam Bahasa Melayu. Kata kerja digunakan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan, tindakan, keadaan atau proses yang dilakukan oleh manusia, haiwan atau benda.

Menguasai kata kerja membantu murid membina ayat yang lengkap, jelas dan gramatis.

Kata Kerja

Maksud Kata Kerja

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), kata kerja ialah perkataan yang menyatakan sesuatu perbuatan. Ia berfungsi sebagai inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja dalam ayat.

Dalam nahu bahasa Melayu, kata kerja terbahagi kepada dua kumpulan utama:

Kata Kerja Transitif: Kata kerja yang mesti diikuti oleh objek (frasa nama) untuk melengkapkan maksudnya (contoh: membaca buku, menendang bola).
Kata Kerja Tak Transitif: Kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa objek atau memerlukan pelengkap (contoh: tidur, menangis, tinggal di kampung).

1. Kata Kerja Transitif

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek selepasnya untuk melengkapkan maksud ayat.

Formula
Subjek + Kata Kerja + Objek

Contoh:
- Ahmad membaca buku.
- Ibu memasak nasi.
- Kakak menjahit baju.
- Ayah mencuci kereta.
- Murid menulis karangan.

Objek ialah perkataan selepas kata kerja seperti: buku, nasi, baju, kereta, karangan

Contoh Kata Kerja Transitif

- makan
- minum
- membaca
- menulis
- melukis
- mencuci
-memasak
-membeli

2. Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek selepasnya.

Ayat tetap lengkap walaupun tanpa objek.

Formula
Subjek + Kata Kerja

Contoh
- Bayi tidur.
- Burung terbang.
- Ahmad berlari.
-Nenek tersenyum.
- Adik menangis.

Contoh Kata Kerja Tak Transitif

- tidur
- berjalan
- berlari
- berenang
- terbang
-duduk
- bangun

Kata Kerja Berimbuhan

Banyak kata kerja dalam Bahasa Melayu dibentuk dengan imbuhan.

Awalan meN-
Contoh:
baca → membaca
tulis → menulis
lukis → melukis
basuh → membasuh
pukul → memukul

Contoh Ayat
Saya membaca novel.

Awalan ber-
Contoh:
jalan → berjalan
lari → berlari
main → bermain
kerja → bekerja
basikal → berbasikal

Contoh Ayat
Mereka bermain bola.

Awalan ter-
Awalan ter- biasanya menunjukkan sesuatu berlaku secara tidak sengaja atau menunjukkan keadaan paling.

Contoh: terjatuh, tertidur, terlanggar, terbuka, terlepas

Contoh Ayat
Ali terjatuh ketika berlari.

Latihan kata kerja berimbuhan dengan contoh soalan

Rumusan

Kata kerja ialah perkataan yang menunjukkan perbuatan, tindakan, keadaan atau proses. Dalam Bahasa Melayu, kata kerja dibahagikan kepada kata kerja transitif yang memerlukan objek dan kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan objek. Dengan memahami jenis-jenis kata kerja serta cara penggunaannya dalam ayat, murid dapat membina ayat yang lebih tepat, gramatis dan mudah difahami.

Rate the article

Leave a Comment